Sunday, December 19, 2010

Susu Ibu Penawar Bayi : Tips/Petua Hebat buat Qalish

Ini adalah sticky post until 4 feb 2011 jam 12:50 pm...


sila klik banner untuk join




Setelah menjelajah ke seluruh pelosok petua dan tips, maka saya berasa di website inilah saya terjumpa tip dan petua yang agak unik berbanding di tempat lain. Sumber adalah dariapda blog anakbonda.blogspot. Kena copy paste jerla sbb xde pengalaman lagi...


Mari kita lihat ke'unikan' tip dan petua tersebut!


Doakan anak ketika menyusu
Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani - Dr Robiah Kulop Hamzah, Susu ibu semai kasih, hmetro

Pilih susu terbaik untuk anak anda. 
Mengikut turutan, (1) terbaik :
1) susu ibu,
2) susu ibu yang diperah,
3) susu ibu lain,
4) susu formula.
- WHO (World Health Organization)

Pucuk betik untuk tambah susu badan
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. - Fatan Hamamah, Potensi Tumbuh-tumbuhan Sebagai Ubat-ubatan dan gemini26576.tripod.com, gambar:rimbundahan.com



Susu Ibu Penyembuh
Susu ibu mampu menyembuhkan kesakitan ringan pada bayi. Bayi yang mengambil vaksin, seelok-eloknya terus diberikan susu ibu selepas mengambil suntikan ntuk melegakan kesakitan pada bayi dan mengelakkan demam.



Susu Ibu Melindungi Daripada Asma
Memberi bayi yang belum berusia 4 bulan susu lain selain daripada susu ibu meningkatkan risiko menghidap asma ketika usianya 6 tahun nanti (Dell & To, 2001; Oddy, 2000). Penyusuan susu ibu memberikan perlindungan terhadap asma pada kanak-kanak terutamanya jika kanak-kanak tersebut terdedah kepada asap rokok (Chula et al., 2003). - Jan Riordan, EdD, RN, IBCLC, FAAN, Breastfeeding and Human Lactation, 3rd Ed.



Urut Bayi Anda
Urut bayi anda selepas dia mandi. Gunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun atau losyen bayi. Bayi lebih 37% mudah lena jika diurut.


Bayi selsema
Jika bayi anda selsema, sapukan minyak pada ubun-ubun bayi ketika bayi hendak tidur. Anda juga boleh menggunakan kunyit hidup yang dipotong melintang untuk disapukan pada pangkal batang hidung bayi.

Anak demam
Jika anak demam, jaram kepalanya dengan air biasa. Lap juga badan anak dengan tuala lembab di leher, ketiak, belakang dan semua pelipat. Pantau suhu badan anak, jika lebih 38 C segera bawa berjumpa doktor. Seelok-eloknya dapatkan termometer digital.

Anak Bijak, dari Kandungan Lagi
Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam, daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon. - Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia, Hamid Arshat.com



My note : Petua2 kat atas ni kena ingat nanti...saya kan bakal ibu jugak one day..


Lin nak tagged mama2 blogger ni tuk join.


Sis Nana
Cute Mum
Ibu Damia


2 comments:

sumpit said...

tq join..
Semoga berjaya yer

sumpit said...

contest dh dilanjutkan..plus ade hadiah tmbhn...war2kan kpd rkn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget