Thursday, August 4, 2011

Kontest Menang Duit Raya

Dah dekat nak raya ni... Kalaulah dapat duit raya memang best kan..Bukan apa..dah besar2 ni, tetiba ada yang sudi nak bagi duit raya terasa bahagianya hidup! Bermakna hari raya...hehe Jadi, saper2 yang dah besar dan nak merasa dapat duit raya tu, jomlah join kontest anjuran puanbee kita ni.


Hadiah2 yang disediakan memang banyak, maklumlah penaja ramai! Manalah tahu ada rezeki kan.
Saya ni kalau boleh nak VCO tu! hehe..dapat yang lain2 pun okey jer...

Cakap pasal VCO ni, puanbee ni salah seorang agen VCO Catalyst ni jugak! Rasanya semua orang dah tahu betapa banyaknya kebaikan yang diberikan oleh VCO ni kan. Rata-rata blogger semua dah kenal produk yang memang berkesan ni. Saya pun sedang mengamalkan jugak sekarang ni. Dah masuk botol yang ketiga tau! Kulit memang semakin okey (kulit saya jenis sensitif dan berjerawat tau) Ada makcik yang tegur kata muka saya dah elok ni...Pastu senggugut saya semakin berkurangan...sakit tu tetap ada tapi taklah macam dulu2...kira boleh tahanla :) Berat badan lak agak maintain...inilah yang best sekali...
Cam testimonial ar plak..tapi memang betul berkesan tau! Cubalah...

Jadi, sesaper yang terasa nak order VCO ni bolehlah berhubung dengan puanbee DI SINI yer

Untuk sesiapa yang nak join contest ni jom ikut syarat-syarat seperti di bawah ni yer :

    • Buat satu Artikle promosi Kontest Menang Duit Raya dan PRODUK VCO yang di jual di blog puanbee.com
    • Terbuka kepada pengguna blog atau facebook (jika facebook boleh buat note )
    • Hantarkan link ke blog Puanbee.com di tempat komen artikle bertajuk Kontest menang duit raya
    • Di bahagian bawah artikle , masukkan ayat seperti di bawah berserta dengan link :
TARIKH TUTUP : 25 OGOS 2011


1 comment:

puanbee said...

okeyh lin ..terima kasih ye join ..gud luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget